1.0  TARIKH  :          5 dan 6 Januari 2012
2.0  MASA  :               7.30 pagi hingga 1.40 petang
3.0  TEMPAT  :         SMK Taman Desa Tebrau
4.0  KEHADIRAN  : Semua pelajar tingkatan 1 dan Peralihan 2012
5.0  AKTIVITI  :
Pada tahun ini, program orientasi dijalankan selama dua hari sahaja iaitu pada hari Khamis dan Jumaat berbanding selama seminggu pada tahun sebelumnya.   Oleh kerana masa yang  diperuntukkan agak singkat,aktiviti lebih tertumpu kepada taklimat  yang disampaikan oleh para pentadbir, kaunselor, badan disiplin serta pusat sumber.  Waktu pelaksanaan adalah seperti yang tertera dalam jadual.  Guru-guru telah diberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan semasa mesyuarat pengurusan HEM oleh Encik Mohd Atan bin Ali.  Jadual bertugas juga telah dimaklumkan kepada guru yang terlibat selain telah ditampal di pejabat serta bilik guru bagi memudahkan guru yang terlibat menjalankan tugas masing-masing.
Hari pertama (Khamis) 5.1.201
MASA  |    PENGISIAN  |    TEMPAT  |    CATATAN  |   
7.30   pg  |    Perhimpunan   sekolah Pengurusan   pelajar baru  |    Tapak   perhimpunan Dewan   kelas Tapak   perhimpunan  |    Perhimpunan   sekolah  telah dijalankan seperti   biasa.   Pelajar   dikumpulkan mengikut kelas masing –masing sebelum bergerak ke dalam dewan  |   
8.30   pg – 10. 20 pagi 10.20   – 10.40 pagi 10.40   – 12.00 tgh 12.00   – 12.40 tgh 12.40   – 1.50 petang  |    Taklimat   Unit Bimbingan & Kaunseling Rehat Permainan   simulasi Taklimat   pusat sumber Latihan   nyanyian lagu sekolah, lagu Bangsa Johor dan Negaraku  |    Dewan   kelas  |    Taklimat   Unit Bimbingan dan kaunseling telah disampaikan oleh Encik Mohd Atan bin Ali   dan Cik Siti Zanariah binti Md Khairi. Aktiviti   ice breaking telah dijalankan   sebagai rutin pembukaan majlis orientasi.    Tujuannya agar pelajar merasa selesa dan dan dapat berkenalan dengan   rakan dari kelas yang berlainan. Taklimat   merangkumi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling,   pengenalan kepada persekitaran sekolah menengah serta tata cara sebagai   pelajar SMk Taman Desa Tebrau. Taklimat   diselang selikan dengan  beberapa   permainan indoor bagi mengelakkan   pelajar merasa bosan. Taklimat   guru disiplin tidak dapat dijalankan atas sebab yang tidak dapat   dielakkan.  Bagi mengisi masa pelajar,   aktiviti simulasi dalam kumpulan kecil dan besar telah dijalankan.  Aktiviti ini melibatkan interaksi dua hala   antara guru dan pelajar serta pelajar dengan pelajar. Taklimat   disampaikan oleh Puan Azila Dason.    Beliau memberi taklimat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh   pusat sumber sekolah.  Taklimat   merangkumi tatacara peminjaman dan pemulangan buku, waktu operasi  serta peraturan yang perlu dipatuhi oleh   pelajar yang menggunakan perkhidmatan pusat sumber sekolah. Latihan   lagu dikendalikan oleh En. Raja Azudden, Cik Kamarina dan Cik Liaw Ming   Fong.  Pelajar telah diajar nyanyian   lagu sekolah serta tatacara semasa menyanyi lagu dengan betul.  Latihan lagu disertakan bersama minus one.  |   
Jumaat (6.1.2012)
MASA  |    PENGISIAN  |    TEMPAT  |    CATATAN  |   
7.30   pg – 8.10 pg 8.20   pg – 10.10 pg  |    Aktiviti   Pembangunan Insan Taklimat   bersama Pengetua SMK Taman Desa Tebrau  |    Tapak   perhimpunan Surau   SMKTDT Bilik   Muzik Anjung   Sri Tanjung  |    Pelajar   berkumpul mengikut aktiviti masing-masing.    Pelajar Islam berkumpul di surau untuk bacaan yasin, pelajar berbangsa   Cina berkumpul di tapak perhimpunan manakala pelajar India berkumpul di bilik   muzik bagi aktiviti moral.  Secara   tidak langsung, pelajar telah didedahkan dengan aktiviti sekolah berunsurkan   kerohanian dan moral bagi membentuk sahsiah unggul. Pelajar   dikumpulkan di Anjung Sri Tanjung bagi mendengar taklimat yang disampaikan   oleh Pengetua SMK Taman Desa Tebrau, Pn Zaiton binti Hussein.  Beliau memberi taklimat berkaitan   persekitaran sekolah serta menyentuh sahsiah pelajar.  Beliau juga memberikan motivasi kepada   pelajar agar sentiasa cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum serta   sahsiah.   Taklimat   turut diserikan dengan latihan lagu sekolah.    Puan pengetua mahukan pelajar baharu menghafal serta menyanyikan lagu   dengan baik kerana ia mencerminkan jati diri dan rasa bangga terhadap   sekolah.  |   
Rehat  |    |||
10.40   pg – 11.50 pg 11.50   – 12.25 tg  |    Taklimat   Kokurikulum Penyusunan   pelajar mengikut kelas  |    Anjung   Sri Tanjung Anjung   Sri Tanjung  |    Taklimat   disampaikan oleh GPK Kokurikulum, En Arulananthan a/l Sathiamoorthy.  Beliau memberi taklimat mengenai unit kokurikulum   sekolah serta perlunya pelajar mengikuti aktiviti yang telah diatur oleh unit   kokurikulum.  Taklimat kemudiannya   disambung oleh Encik Noorhafizan bin Norhayat selaku Penyelaras Sukan dan Permainan   SMK Taman Desa Tebrau.  Beliau   menerangkan jenis kelab, unit beruniform serta sukan yang terdapat di SMK   Taman Desa Tebrau Aktiviti   ini diambil alih oleh guru tingkatan berkaitan penempatan pelajar.  |   
6.0  PENILAIAN  :
Program  orientasi berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang jitu daripada guru-guru serta pihak pentadbir.  Guru –guru yang terlibat memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi.  Walau bagaimanapun, tidak semua aktiviti dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan.  Namun, aktiviti tetap berjalan mengikut masa yang telah ditetapkan.  Satu pembaharuan berbanding tahun lepas, pelajar peralihan 2011 tidak terlibat dalam sesi orientasi ini.  Secara tidak langsung, aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lancar serta kawalan pelajar lebih baik.
0 comments:
Post a Comment