Powered by Blogger.

SMKTDT

SEJARAH SMKTDT

SEJARAH SEKOLAH

SMK Taman Desa Tebrau telah ditubuhkan pada 2 September 2003 dan telah beroperasi secara menumpang dan tanpa murid di SMK Taman Desa Jaya. Ini disebabkan bangunan asal sekolah ini belum lagi diserahkan memandangkan banyak lagikerja-kerja kekemasan yang masih belum lagi sempurna. Mengikut perancangan, SMK Taman Desa Tebrau sepatutnya menumpang di SMK Johor Jaya 2 tetapi disebabkan masalah ruang, maka telah di tempatkan di SMK Desa Jaya.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini diurus oleh Pengetua, Pn Hajah norizah bt Abdul Manap yang telah dilantik menerajui sekolah ini mulai 16 Jun 2003, kemudian dibantu oleh Pembantu Tadbir Rendah, seorang Pembantu Makmal dan seorang Pembantu Am Rendah. Pada awal September 2003, Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM melaporkan diri diikuti dengan tiga orag guru sandaran terlatih. Dengan tenaga kerja yang ada inilah pihak sekolah telah membuat semua persediaan yang diperlukanuntuk memulakan sebuah sekolah baru termasuk mencipta logo, lagu dan bendera sekolahserta visi, misi dan lain-lain.

Bangunan sekolah ini berkonsepkan ‘ design and built’ dan mempunyai lima buah blok yang terdiri daripada tiga blok pentadbiran dan bilik darjah, satu blok makmal, Bilik Muzik dan Stodio Seni dan satu blok Kemahiran Hidup dn Teknologi Kejuruteraan di samping mempunyai kemudahan surau, kantin, gelanggang serbaguna, tempat meletakkan kereta guru, bangsal basikal untuk murid-murid dan lain-lain.

Sekolah mula dibuka pada 5 Januari 2004 dengan mampunyai 12 orang guru, 5 orang kakitangan sokongan dan 102 orang pelajar. Mereka terdiri daripada 38 orang keturunan Melayu, 48 keturunan Cina, 13 orang keturunan India dan lain-lain 3 orang dan ditempatkan di sebuah Kelas Peralihan, 2 buah kelas tingkatan 1, 2 buah kelas tingkatan 2 dan sebuah kelas tingkatan 4.

KETERANGAN LOGO & BENDERA SEKOLAH

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Tebrau berbentuk perisai yang melambangkan kekuatan dari segi mental,emosi dan semangan jati diri.Ia disokong oleh cogan kata “BERUSAHA BERJAYA BERJASA”

Berusaha-Menunjukan ketekunan dan kegigihan.
Berjaya-Ialah maklumat dalam menjalankan sesuatu pekerjaan
Berjaya-Kesediaan untuk berjasa dan menaburkan bakti kepada bangsa dan negara

LAMBANG

3 garis tegak- Berwarna kuning,merah,putih melambangkan kecermelangan dan hendak dicapai dalam 3 bidang iaitu kurikulum,kokurikulum dan sahsiah bertepatan dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.
Buku- Melambangkan ilmu yang menjadi teras pendidikan
Roda- Pendidikan sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi
3 Bulatan- Kepentingan dalam sukan merealisasikan kecermelangan dalam ketiga-tiga bidang yang ingin dicapai.

WARNA
Merah- Semangat yang gigih,berani dan yakin diri
Kuning- Kesetiaan kepada raja dan negara
Putih- Keluhuran dan ketulusan
Biru- Perpaduan dan keharmonian

LAGU SEKOLAH
Di sinilah kita bermula

Semangat juang kita mulakan
Yakin diri kearah kejayaan
Gigih cekal semangat diteguhkan
Akhlak mulia kita sempurnakan

Kita hadapi segala cabaran
Kekalkan semangat perpaduan
Rajin usaha yakin dan berani
Kita belajar sepenuh hati
CHORUS
Bergerak bersama kemajuan ilmu
Sains dan teknologi kita jayakan
Hidup kita berlandaskan agama
Mohon restu dari yang Esa

Sekolah kita sekolah sejahtera
Kita menuju ke puncak jaya
Kecermelangan jadi milik kitta
Berusaha,Berjaya,Berjasa.

Lirik oleh Pn Rozianah bt Mohamed
Lagu oleh Pn Yew Huey Jiun

Click here for Myspace Layouts